Wednesday, September 17, 2014

Banner Blog Baru

Assalamualaikum, selamat pagiii, dah gosok gigi? Iye ke dah gosok awat nampak cili setompok dua kat gigi tu lagi? Hahaha. Oh patutla penangan sarapan pagi tadi rupanye. Haih semalaman AKAK tak tidur asik main aje, main, main, main. Main ape tuh?? Main photoshoppp. Yelah kan kau orang kata blog AKAK ni buruk, outdated, tak mesra blogger, bersarang, bau hapak.. Eh pulak dah, blog pun boleh berbau ke? Ajaib.


Setahu AKAK blog bleh didengar bagi yang letak aplikasi muzik,  boleh dilihat sebab secara normal, memang orang akan melihat untuk membaca, tapi blog berbau? Kalau berbau tu jangan ditegur dah tentu bukan datang dari blog okay, ini fakta! Kau orang kena tengok kiri kanan atas bawah dari arah mana ia datang.. Hahhhhh! rupanya baunya datang dari bawah orang yang tengah baca blog ni. Haha. Sangat halus dan sayu bunyinya, namun harum semerbak, bak longkang tersumbat. Kih3..


Okay cukup cukup cukup sudah karutan dan carutan, berbalik kepada natijah AKAK bermain photoshop semalam. Ini adalah kali pertama AKAK cuba buat banner ni, yang hanya merupakan coba-cobaan. Lihatlah hasilnya. Jeng, jeng, jeng...


Cobaan pertama!

Cobaan Kedua!

Cobaan Ketiga!

Cobaan Keempat!


Nota bulu kaki gebus AKAK: 
Silalah tinggalkan komentar anda ya, samada tak sesuai ke, cincai sangat ke,
tiada nilai estetika, atau something wrong some where ke? Nak komen yang 
panas-panas dan pedas pon tak pe sebab AKAK ni memang kaki tahan maki,
tapi biarla disertakan dengan cadangan untuk pembaikan sekali ye. ;)




Pes Mee Bandung Muar Asli

Ummmmp sedapnya!!


Assalamualaikum semua, hmmm baru dua hari AKAK tak hapdate blog korang semua da rindu? Haha. Non hado nak rindu-rindu AKAK, bukan famous ponn. Tak apa lah tak ada orang nak rindu, AKAK berindu-rinduan dengan diri sendiri la gamoknye. Hehehe. Biasalah hidung tak mancung pipi tersorong sorong celah dapuoq (dapur). 


Korang mesti nak tahu kan yang AKAK ni orang mana??, tak nak tahu pon takpa noh, ada aku kesah hah cik esah oi??  Ye lah bersepah-sepah loghat ada dalam blog AKAK ni, haha. Sebenonye AKAK ni orang Muor Muar, Johor. So, kalau ekau. hangpa, kome, kamu, kameq atau sebagainya mahu merasa masakan Johor Asli, janganlah ragu-ragu nak tempah dengan AKAK, rasa dulu baru tahu. Memandangkan, AKAK ni dah bermustautin lebih kurang berpuluh tahun kat KL, so kos penghantaran makanan sekitar Selangor, Kuala Lumpur, dan zon-zon sama waktu denganya dah termasuk dalam pakej. Heheh. Tiada cas tambahan. :)


Berceloteh punya berceloteh lupa daaa lari tajuk AKAK neh, patutlah dulu masa sekolah karangan asik terpesong, terbawak-bawak sampai ketuat ke tuat rupanya. Eh. eh. bukan ketuat oke. Haha. Baiklah AKAK nak bagi tahu yang AKAK ada produk terbaru iaitu PES MEE BANDUNG ASLI AKAK Catering. Pes ini adalah resepi turun temurun keluarga AKAK yang merupakan keluarga peneroka daerah Muar. Jadi, nak dimudahkan cerita pes ini memang resepi asli untuk membuat kuah mee bandung Muar. Serius, ini memang kau orang kena cuba! 




Pes ini boleh didapati dengan harga RM10  RM 8 sahaja untuk 1 pack kerana kerana kami masih dalam mempromosikan pes mee bandung ini, dan semangkuk pes mencukupi untuk juadah 5-6 orang. Walaubagaimanapun bagi pembelian borong melebihi 20 packs anda akan diberikan harga borong yang lebih rendah!! Selalunya harga borong diberikan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar atau bagi Pengusaha Restoran yang mahu menggunakan pes mee bandung kami untuk masakan mee bandung mereka.




Pada penutup mangkuk pes tersebut akan diletakkan dengan design sticker yang menarik seperti diatas. Bagi tempahan yang baru pelekat akan disertakan sekali. Bagi Pengedar yang berminat harga borong termasuk pelekat, nama mereka atau contact no. Pengedar akan diletakkan pada sticker. Mudah kan tinggal jual je! Bagi berminat menempah boleh hubungi kami di Facebook AKAK Catering dengan meng'klik' gambar-gambar di atas atau menghubungi terus mana-mana no. yang tertera pada sticker. ^_^. Selamat Berniaga!