Saturday, September 13, 2014

SAJIAN MINUMAN PAGI / PETANG (HI-TEA)

Assalamualaikum semua pengunjung, memandangkan blog ni lama sudah tidak aktif jadi adalah menjadi tanggungjawab AKAK untuk memeriahkan blog ini semula, ye lah kan takkan awok-awok or biawok nak hapdate kan?? Oppps sorry mulot bau longkang sebab blom gosok gigi terus hapdate blog. hehehe. 


Hahhh, takmo la AKAK berceloteh panjang ni AKAK nak cerita pasal menu dan harga untuk sajian minum pagi atau petang ni haaaa. Kome semue boleh la pilih sama ada nak menu single atau pakej. Ramai yang masuk blog ni tak paham apa yang kami post. 


Mari AKAK cerita siket naa, kalau menu single, satu jenis hidangan sahaja contohnya menu single mee goreng ditempah, hanya juadah mee goreng sahajalah yang akan disediakan tetapi jika menu pakej mee goreng ditempah maka ada juadah sampingan yang mengiringi, bukan itu sahaja anda juga boleh memilih salah satu menu tambahan dibawah secara percuma apabila anda memilih hidangan pakej. Jelas??? Hehehe.


Hidangan *pakej termasuk satu jenis setiap pilihan berikut:

1. Pelbagai Kuih Tradisi :
karipap / samosa / cucur badak / keria / doughnut /seri muka / 
kuih bakar / ketayap / buah melaka / koci /kuih lapis / bingka ubi dll

2. Air Panas:
Kopi O atau Susu / Nescafe O atau Susu / Teh O atau Susu / 
Milo atau Ovalten

3. Air Sejuk:
Sirap /Oren Sunquick/Pes Tembikai Susu/ Pes Jagung / Pes Tebu

4. Buah:
Campuran : Tembikai / Betik / Honey Dew / Oren





Nota kaki AKAK yang gebus: Kome semua jangan risau harga ni 
boleh dirunding lagi, AKAK ni lembut hati.. ekekeke..

Event-event semasa

Assalamualaikum, apa khabar semua pengunjung? Buat apa tu? Tak reti-reti nak tidor ke? Hehe. Terima kasih sudi singgah blog AKAK yang tak berapa nak vogue macam blog u'olls. Haaa, ni AKAK nak share siket tentang event yang AKAK Catering telah terlibat. 


Baru-baru ini ada tempahan juadah untuk perkahwinan bertempat di Pasir Tuntong Kuala Selangor, mereka ambil full pakej dari kami, termasuklah hidangan lauk pengantin.. Perghhh. Ehh, ehh, gimmick je! Full pakej untuk sajian je la. Khemah, Gubahan, Andaman, PA system orang lain.


Maklumla, AKAK Catering ni masih hingusan jadi banyak ropong-ropong. Hihiii. Walaubagaimanapun, pihak tuan rumah amat berpuas hati dengan sajian yang kami sediakan. Tak percaya? Betul tak percaya? Nak percaya kenalah cuba! Boleh buat tempahan. Ngee, Kalau nak tahu manisnya buah, perlulah cuba merasa, barulah tahu maniskah, masamkah dan pahitkah? Takkan tengok je da tahu apa rasanya? Hehehe.


Lauk Ayam Masak Merah
(style AKAK, bukan semata-mata sos je ye. hehe)


Lauk pegantin,
(Ayam Penyet dan Udang Goreng Rempah)


Pakej Makanan dan Sajian~

Salam dan selamat sejahtera bakal-bakal pelanggan AKAK Catering. Hari  ini tak kuasa AKAK nak membebel pot pet pot pet sebab letih sangat kehulu kehilir sendiri yang buat, maklumla tak mampu lagi nak bayar ramai pekerja. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang, ceeewahhh. 


Jadi, hari ini AKAK nak post tentang pakej menu dan anggaran harga seorang makan. Appeeee?? Mahal?? Hmmm tengok dulu baca dulu sampai habis. Kalau tak puas hati juga, jangan cepat melatah, hehehe. Sebab harga masih boleh runding Yeay! tapi bior-bior le berpatutan dan menasabah ye Cik pah- Cik pah dan abang-abang Haji semua. ;)

Menu 1 (minimum 600 pax)---------{RM12.50}
1. Nasi Beriani Johor
2. Daging Beriani Johor
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
6. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
7. Buah Oren
8. Tapai/ Bubur
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet

Menu 2 (minimum 600 pax)---------{RM 12.00}
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Rendang
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
6. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
7. Buah Oren
8. Bubur Kacang
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet

Menu 3 (minimum 600 pax)---------{RM 11.00}
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Masak Kurma/ Kari
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
6. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
7. Buah Oren
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet

Menu 4 (minimum 600 pax)---------{RM 10.00}
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Masak Kurma/ Kari
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
6. Buah Oren
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet

Menu 5 (minimum 600 pax)---------{RM 9.50}
1. Nasi putih
2. Daging Masak Kurma/ Kari
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
6. Buah Oren
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet

Menu 6 (minimum 600 pax)---------{RM 9.50}
1. Nasi putih
2. Daging Masak Kurma/ Kari
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Air Pes Sirap + Oren/ Pes Sirap + Laici/ Pes oren
6. Bubur Kacang
• Hidangan Pengantin
• Pramusaji buffet


Pakej Ekonomi (minimum 100 pax)------{RM 10.00}

Menu 7 (minimum 100 pax)
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Beriani Johor
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
*Hantar sahaja

Menu 8 (minimum 100 pax)
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Rendang
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
*Hantar sahaja

Menu 9 (minimum 100 pax)
1. Nasi Beriani Johor/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato
2. Daging Kurma/ Kari
3. Ayam Masak Merah
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca
*Hantar sahaja

Menu 10 (minimum 100 pax)
1. Nasi Putih
2. Daging Kurma/ Kari/ Lemak Cili Api/ Asam Pedas
3. Ayam Masak Merah/ Goreng
4. Paceri nenas/ Paceri bombai/ Acar timun/ Jelatah
5. Dalca/ Lemak Nenas Ikan Masin
*Hantar sahaja