Wednesday, September 17, 2014

Pes Mee Bandung Muar Asli

Ummmmp sedapnya!!


Assalamualaikum semua, hmmm baru dua hari AKAK tak hapdate blog korang semua da rindu? Haha. Non hado nak rindu-rindu AKAK, bukan famous ponn. Tak apa lah tak ada orang nak rindu, AKAK berindu-rinduan dengan diri sendiri la gamoknye. Hehehe. Biasalah hidung tak mancung pipi tersorong sorong celah dapuoq (dapur). 


Korang mesti nak tahu kan yang AKAK ni orang mana??, tak nak tahu pon takpa noh, ada aku kesah hah cik esah oi??  Ye lah bersepah-sepah loghat ada dalam blog AKAK ni, haha. Sebenonye AKAK ni orang Muor Muar, Johor. So, kalau ekau. hangpa, kome, kamu, kameq atau sebagainya mahu merasa masakan Johor Asli, janganlah ragu-ragu nak tempah dengan AKAK, rasa dulu baru tahu. Memandangkan, AKAK ni dah bermustautin lebih kurang berpuluh tahun kat KL, so kos penghantaran makanan sekitar Selangor, Kuala Lumpur, dan zon-zon sama waktu denganya dah termasuk dalam pakej. Heheh. Tiada cas tambahan. :)


Berceloteh punya berceloteh lupa daaa lari tajuk AKAK neh, patutlah dulu masa sekolah karangan asik terpesong, terbawak-bawak sampai ketuat ke tuat rupanya. Eh. eh. bukan ketuat oke. Haha. Baiklah AKAK nak bagi tahu yang AKAK ada produk terbaru iaitu PES MEE BANDUNG ASLI AKAK Catering. Pes ini adalah resepi turun temurun keluarga AKAK yang merupakan keluarga peneroka daerah Muar. Jadi, nak dimudahkan cerita pes ini memang resepi asli untuk membuat kuah mee bandung Muar. Serius, ini memang kau orang kena cuba! 




Pes ini boleh didapati dengan harga RM10  RM 8 sahaja untuk 1 pack kerana kerana kami masih dalam mempromosikan pes mee bandung ini, dan semangkuk pes mencukupi untuk juadah 5-6 orang. Walaubagaimanapun bagi pembelian borong melebihi 20 packs anda akan diberikan harga borong yang lebih rendah!! Selalunya harga borong diberikan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar atau bagi Pengusaha Restoran yang mahu menggunakan pes mee bandung kami untuk masakan mee bandung mereka.




Pada penutup mangkuk pes tersebut akan diletakkan dengan design sticker yang menarik seperti diatas. Bagi tempahan yang baru pelekat akan disertakan sekali. Bagi Pengedar yang berminat harga borong termasuk pelekat, nama mereka atau contact no. Pengedar akan diletakkan pada sticker. Mudah kan tinggal jual je! Bagi berminat menempah boleh hubungi kami di Facebook AKAK Catering dengan meng'klik' gambar-gambar di atas atau menghubungi terus mana-mana no. yang tertera pada sticker. ^_^. Selamat Berniaga! 




No comments:

Post a Comment