Saturday, September 13, 2014

SAJIAN MINUMAN PAGI / PETANG (HI-TEA)

Assalamualaikum semua pengunjung, memandangkan blog ni lama sudah tidak aktif jadi adalah menjadi tanggungjawab AKAK untuk memeriahkan blog ini semula, ye lah kan takkan awok-awok or biawok nak hapdate kan?? Oppps sorry mulot bau longkang sebab blom gosok gigi terus hapdate blog. hehehe. 


Hahhh, takmo la AKAK berceloteh panjang ni AKAK nak cerita pasal menu dan harga untuk sajian minum pagi atau petang ni haaaa. Kome semue boleh la pilih sama ada nak menu single atau pakej. Ramai yang masuk blog ni tak paham apa yang kami post. 


Mari AKAK cerita siket naa, kalau menu single, satu jenis hidangan sahaja contohnya menu single mee goreng ditempah, hanya juadah mee goreng sahajalah yang akan disediakan tetapi jika menu pakej mee goreng ditempah maka ada juadah sampingan yang mengiringi, bukan itu sahaja anda juga boleh memilih salah satu menu tambahan dibawah secara percuma apabila anda memilih hidangan pakej. Jelas??? Hehehe.


Hidangan *pakej termasuk satu jenis setiap pilihan berikut:

1. Pelbagai Kuih Tradisi :
karipap / samosa / cucur badak / keria / doughnut /seri muka / 
kuih bakar / ketayap / buah melaka / koci /kuih lapis / bingka ubi dll

2. Air Panas:
Kopi O atau Susu / Nescafe O atau Susu / Teh O atau Susu / 
Milo atau Ovalten

3. Air Sejuk:
Sirap /Oren Sunquick/Pes Tembikai Susu/ Pes Jagung / Pes Tebu

4. Buah:
Campuran : Tembikai / Betik / Honey Dew / Oren





Nota kaki AKAK yang gebus: Kome semua jangan risau harga ni 
boleh dirunding lagi, AKAK ni lembut hati.. ekekeke..

No comments:

Post a Comment